Archive | February 29, 2012

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas!..Patutlah Orang Pompuan Suka beli Emas..bijak..bijak..

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan

Lihat bagaimana Orang Kaya, Warren Buffett Pelabur Terkaya Di Dunia berfikir

Dalam satu jam wawancara di CNBC dengan Warren Buffet, orang kedua terkaya di dunia yang telah menyumbangkan lebih $ 31 bilion bagi tujuan amal. Berikut adalah beberapa aspek menarik dari hidupnya.

1. Dia membeli saham pertamanya pada umur 11 tahun dan dia sekarang menyesal kerana tidak memulakannya lebih awal! (Orang kita dah tua pun tak tahu pasal saham!)

2. Dia membeli sebuah ladang pertanian kecil pada usia 14 dengan tabungan dari penghantaran akhbar.

3. Dia masih tinggal di rumah 3 bilik tidur yang sama di pertengahan bandar Omaha, yang dia beli selepas di berkahwin 50 tahun yang lalu. Dia mengatakan bahawa dia telah ada segala keperluan dalam rumah tersebut. Rumahnya tidak memiliki dinding atau pagar. (Omaha adalah ibunegeri Nebraska yang letaknya tak jauh dari Lincoln tempat FY belajar dahulu.)

4. Dia memandu kereta sendiri ke mana-mana dan tidak mempunyai pemandu atau pengawal peribadi di sekelilingnya. Continue reading

10 Bangunan Tercantik dan Unik di Dunia…

1. Aqua Tower USA

Berada disebelah timur Lakeshore Chicago Amerika Serikat, memiliki tinggi 250 meter dari tanah. Bangunan ini memiliki rekabentuk yang sangat unik strukturnya.

2. Chicago Spire, USA

Bangunanini  memiliki 150 tingkat  ini berbentuk sangat unik mirip dengan pensel, direkabentuk  oleh Garrett Kelleher, sampai saat ini sudah 800 orang tinggal di apartemen mewah ini. Continue reading

Air Terjun Berdarah

Inilah salah satu fenomena alam yang menghairankan terjadi, bagaimana tidak dari sebuah sumber air yang mengalir pada sebuah air terjun bole terdapat aliran darah yang mengalir terus menerus . Hal ini terjadi di sebuah Gletser di Antartika tepatnya di lembahMc Murdo wilayah kutub selatan. Pertama kali seorang geologi menemui air terjun beku tahun 1911 dan mereka menemui hal aneh yang mereka kira adalah warna merah yang mengalir merupakan warna yang berasal dari ganggang merah, namun sifta sejatinya ternyata lebih dari yang mereka duga.

Continue reading

7 Keajaiban Semulajadi Ciptaan Allah S.W.T

Tujuh keajaiban dunia yang biasanya kita ketahui ialah bangunan atau binaan yang dihasilkan oleh manusia seperti contoh piramid dan taman tergantung babylon. Namun begitu, terdapat 7 lagi keajaiban dunia yang belum kita ketahui iaitu keajaiban alam semula jadi dunia yang baru-baru ini diumumkan. Keputusan ini dibuat hasil undian dari 220 negara yang mengambil bahagian. Mari kita lihat apakah keajaiban alam yang dimaksudkan. Layan~

**KLIK gambar untuk melihat gambar bersaiz besar

 

Sungai Hutan Hujan dan Amazon

Continue reading