Archives

Menjarakkan kehamilan dengan menyusukan anak….akhirnya ada gak teknik semulajadi selain dari pil dan suntikan…:)

 

Suami sibuk suruh tanya sana tanya sini tentang saya lewat datang haid..dia takut saya ada masalah kesihatan..puas dia ajak saya gi klinik…tapi saya buat derkk jer..sebab?sebab pernah staff cakap kalau menyusu badan kepada baby sepenuhnya..haid tak akan datang..tu yg cool..jer..tapi bila asyik didesak suami..yang cool jadi hot..hot n spicy lagi…huhuhu jadi rungsing..tp akhirnya haid saya dah tiba minggu lepas setelah 8 bulan kehamilan..tapi tak banyak…saya mencari artikel berkaitan situasi saya..dan apa yang saya temui amat menarik..rupa-rupanya apa yang selami ini saya praktikkan adalah salah satu cara menjarakkan kehamilan…hehehe masa lahirkan alya..doktor siap membebel suruh ambik pil atau suntikan…hehehe tak berani den..serah kepada Allah S.W.T..andai Allah ingin memberi rezeki..saya terima..tp buat masa ni tak larat nak mengejar si alya yg makin laju merangkak…huhuu

jom kita baca artikel yang saya jumpa tulisan dari Dr. Zuabidi Hj Ahmad…selamat beramal…cewahhh

Continue reading

Advertisements

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas!..Patutlah Orang Pompuan Suka beli Emas..bijak..bijak..

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan

Tolong vote untuk penambahbaikan blog ini..thanks

nak tahu tarikh lahir boleh?sajer je nak tahu anda orangnya camner..

Rahsia Nombor Peribadi Anda

Selamat hari jadi!!!!ok..dah..dah..kita bukan nak cite pasal birthday..tp tarikh birthday kita…ada rahsianya…hehe semuanya rahsia..

Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakannya dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda.

So..dah ready nak tahu nombor peribadi?Kepakaran matematik diperlukan disini ok.. Continue reading

tandatangan melambangkan peribadi seseorang

Dulu masa kat sekolah sibuk reka tanda tangan..siap ada love la..bunga2 la..bila dah besar..belajar..tandatangan ok lagi..kecil kiut jer…tp bila dah keje sekarang ni..keje lak asyik menyainn memanjang..tandatangan tu jadi semakin besar…hehe apa maknanya yer…com kita baca dulu makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan

Seorang yang sangat yakin

Ada personaliti yang hebat Continue reading

Jom tilik tapak tangan….jangan tersalah tilik sudah..

Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan Kita… Walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja Dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang Dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu. Tapi jangan la panik, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang.. And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus Dan sebagainya. So selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin IA panjang Dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap Continue reading