Archives

Macamana nak latih penggunaan otak kanan…jom baca…”Shichida Methods”

Asalamualaikum..ingat lagi tak post otak kiri dan otak kanan?..kali ni nak tulis pasa camana nak ajar anak kiita guna otak kanan..sebab kalau anak kita mampu mengimbangi penggunaan otak kiri dan kanan..dia akan jadi genius..

oklah…pernah dengar Sichida Methods? … kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika cost nye lebih tinggi dari cost nak masuk universiti..boleh tengok website dia kat sini http://www.shichidamethod.com/

Ok..kalau tengok kat testi..ramai kata cara ni jadi..so..jom kita praktice kepada anak kita…

1. Bercakap sepenuh hati perkara positif ketika anak nak tidur..

Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

Continue reading

Ajar anak sejak kecil untuk membentuk peribadinya

perkembangan 2

Kalau ingin melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Lima tahun pertama usia si manja adalah tempoh yang terbaik untuk memulakan didikan asas kehidupan positif dalam dirinya.

Serapkan nilai-nilai positif kepada mereka agar ia menjadi satu kebiasaan buat dirinya. Dalam usaha membentuk keperibadian positif di kalangan anak-anak ini, para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Ibu bapa atau individu yang lebih dewasa perlu menunjukkan contoh yang terbaik kepada kanak-kanak ini. Dalam usia muda sebegini mereka gemar memerhatikan sambil meniru apa juga sikap atau tingkah laku individu yang berada di sekelilingnya. Jika anda ingin si manja peka dengan adab tatasusila, mulakannya dari sekarang.

[[MORE]] Continue reading

Jom ajar Anak perkara Positif sejak Dari Kecil..

Kalau ingin melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Lima tahun pertama usia si manja adalah tempoh yang terbaik untuk memulakan didikan asas kehidupan positif dalam dirinya.

Serapkan nilai-nilai positif kepada mereka agar ia menjadi satu kebiasaan buat dirinya. Dalam usaha membentuk keperibadian positif di kalangan anak-anak ini, para ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Continue reading

5 Tanda-tanda anak-anak Berpotensi GENIUS!

Assalamualaikum…sambil buat keje sambil berblog..yela..duk sengsorang dalam bilik nak bercakap ngan saper kalau staff atau orang kampung tak masuk berurusan..dengan blog ni la kita bercakap..eh..bercakap ker..menulis…dalam hati yang bercakap..hehehe..tajuk kat atas ni nak kenal pasti anak-anak genius…meh kita baca dan perhatikan anak-anak kita..ada potensi tak…:)
 Mula-mula kena perhatikan..adakah anak-anak anda menunjukkan sesuatu tingkahlaku atau tabiat yang luar biasa. Atau mungkin kemampuan logik dan akalnya menyamai kanak-kanak yang lebih dewasa? Kalau benar itu terjadi, anda patut berbangga kerana andalah orang pertama dalam hidupnya yang telah mengenalpasti potensi GENIUS dalam diri anak kecil itu. Jom kita tengok apa tanda-tanda yang jelas membuktikan GENIUS nya anak anda berbanding kanak-kanak biasa yang lain.
i) Beliau bercakap lebih awal
Jika dia jenis yang kurang berbual, tetapi dengan ucapan teliti dan perbendaharaan kata yang luas, sifat ingin tahu dan kefahaman yang luar biasa, dia mempunyai potensi. Tanda-tanda lain ialah dia berminat dengan huruf dan perkataan, mula menulis dari usia yang muda dan mempunyai imaginasi yang luas. Continue reading

Animasi 3D bayi dilahirkan melalui pembedahan atau cesarean birth

Kedua-kedua anak saya dilahirkan normal..camana yer orang yang bedah yer..maknanya kena bedah utk keluarkan baby..ada kata sakit ada kata tak sedar langsung masa tu..tp yang pasti lepas bedah..masa pantang sakit…jom tengok video kat bawah ni camner baby dilahirkan melalui proses pembedahan…

Cesarean Birth (C-section) from childbirth on Vimeo.

3D animasi bagaimana proses kelahiran bayi..

Hanya Allah S.W.T sahaja tahu betapa sakitnya melahirkan anak…setelah dua kali melahirkan bayi perempuan saya,syafiya dan alya..saya mampu untuk menceritakan pengalaman melahirkan mereka berdua..dua2 kelahiran saya alami pengalaman yang berbeza…safiya saya ketuban darah..sakit sebelum melahirkan..semasa proses melahirkan..saya hanya teran sekali sahaja dan dengan mudah safiya keluar seperti jelly panas jer…syukur Alhamdullillah..namu masa melahirkan alya..saya sakit sebelum dan semasa melahirkannya..tambah2 doktor masuk ubat untuk buka jalan..lagi sakit..tp masa tu kita tengah berjuang antara hidup dan mati dan tak nampak langsung proses bagaimana bayi dilahirkan..kat bawah ni video yang saya jumpa..jom tengok…

 

PSST: YANG PENTING DUA-DUA ANAK SAYA SIHAT DAN COMEL.. 🙂