Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran. Subhanallah Maha Suci Allah, kagum bila tengok video janin bayi dalam rahim bersujud apabila diperdengarkan alunan ayat suci Al-Quran. Sesungguhnya gelombang yang dihasilkan daripada bacaan Al-Quran memang menenangkan.

 

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an pada kandungannya, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan. Daripada alat tersebut dapat dilihat pergerakan mula dan awal serta perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat suci Al-Qur’an.

Jika anda lihat di awal video takni sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (normal). Kemudian apabila dibacakan ayat suci Al-Quran..Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dalam keadaan sujud… seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

 

Sebenarnya masyarakat Jepun sudahpun menggunakan kaedah ini iaitu terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata. Namun sebagai ummat Islam, boleh juga dipraktikkan dengan cara yang sama, tetapi lebih baik jika ibu yang mengandung itu sendiri dapat membacakan Ayat Suci Al-Quran kepada bayinya atau ayahnya sendiri pun boleh.

Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

Memang fitrah manusia dan hati manusia akan tunduk serta tenang apabila mendengar ayat Al-Quran. Jika tidak bagaimana hati Umar Al-Khattab yang dikenali pada zaman Qurasyh seorang yang bengis dan hati keras tunduk kepada bacaan ayat Al-Quran? Semoga dapat kita amalkan dalam membentuk jiwa anak yang soleh kerana anak-anak itu ibarat kain putih dan ibu bapanya lah yang mencorakkannya.

Wallahua’lam

One thought on “Janin Bayi Bersujud Ketika Diperdengarkan Ayat Suci Al-Quran

  1. semasa mengandungkan safiya dulu…memang safiya banyak berada dalam kedudukan bersujud setiap kali scan..lepas aktif bergerak kiri dan kanan..sampai satu tahap dia akan stop dan berada dalam kedudukan bersujud..gambar masa buat ultrasound pun masih simpan lagi..semoga anak-anak ku jadi anak yang soleh..amin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s