Archive | January 2012

PETUA NAK JADI CANTIK GUNA BARANG DAPUR JER..

semalam terbaca dalam paper tentang petua nak bagi kulit putih bersih dan berseri guna brangan yg murah dan mudah nak dapat kat dapur kita..sambil masak boleh sambel menempek kat muka..hehehe..

1. Petua nak kulit puteh berseri



petua dia ambil lobak merah..parut bagi halus2,ambil telur kuning dan limau nipis..campur gaul-gaul then goreng…hehehe tak lah..then tempek la kat muka…selepas beberapa puluh minit basuh muka anda..amalkan 3 minggu sekali..kalau hari2..alamatnya habisla stok barang dapur minggu ni.. 🙂

2. Petua nak kulit tegang..no more kedut-kedutan ok


yang ni..jimat kos..tadi dah guna kuning telur kan..yang ni ambik puteh telur baki telur tadi ..sapu kat muka..lepas beberapa minit basuh..jimat kan..sebiji telur leh guna untuk 2 petua..bagus mak… 🙂

3. Petua hilangkan hitam bawah mata..mcm saya ni


Petua ni mmg saya kena amalkan..maklumlah..keje kat office 8 jam ngadap komputer..kalau tak ngadap customer..balik berkejaran dengan anak-anak..kemas rumah ..lipat baju..lipat suami..hehehe opss..yang pun mudah..

sambil2 buat air teh kat laki kita yg tersayang..ambik uncang teh tu..letak dalam peti beberapa minit..then letak kat kelopak mata..kalau anak2 jenis tidur lena sampai pagi..kita pun leh tidur bertemankan uncang teh tu sampai pagi..ia akanberi kesegaran pada mata kita…

My First Post

Asalamualaikum..ini post pertama saya..just nak wish selamat membaca di blog saya..apa yang akan saya nukilankan?erm..macam-macam…pasal diri..anak-anak daraku yang kecik-kecik lagi tu..ap yang saya alami untuk dijadikan pedoman dan pengajaran untuk dikongsikan bersama..maybe jugak saya akan tulis apa yang kawan2 minta saya tulis..nice kan? for overall..semua diatas akan menyatukan kita semua dalam satu blog yang santai ini…

ni gambar anak-anak daraku…bebudak ni..riuh…si kakak..walaupun baru setahun tujuh bulan dah tunjukkan ciri-ciri kepimpinan yg ada..hehehe jaga adik..agah adik dia bagi ketawa..siap sibuk nak tukar lampin adik dia..kalau adik tak layan..si mickey mouse tu yg akan jadi mangsa..hehehe..k lah..ini permulaan utk my first blog..byk lagi saya nak tulis after this…hope you all suka membacanya..tq