Tag Archive | genius

5 Tanda-tanda anak-anak Berpotensi GENIUS!

Assalamualaikum…sambil buat keje sambil berblog..yela..duk sengsorang dalam bilik nak bercakap ngan saper kalau staff atau orang kampung tak masuk berurusan..dengan blog ni la kita bercakap..eh..bercakap ker..menulis…dalam hati yang bercakap..hehehe..tajuk kat atas ni nak kenal pasti anak-anak genius…meh kita baca dan perhatikan anak-anak kita..ada potensi tak…:)
 Mula-mula kena perhatikan..adakah anak-anak anda menunjukkan sesuatu tingkahlaku atau tabiat yang luar biasa. Atau mungkin kemampuan logik dan akalnya menyamai kanak-kanak yang lebih dewasa? Kalau benar itu terjadi, anda patut berbangga kerana andalah orang pertama dalam hidupnya yang telah mengenalpasti potensi GENIUS dalam diri anak kecil itu. Jom kita tengok apa tanda-tanda yang jelas membuktikan GENIUS nya anak anda berbanding kanak-kanak biasa yang lain.
i) Beliau bercakap lebih awal
Jika dia jenis yang kurang berbual, tetapi dengan ucapan teliti dan perbendaharaan kata yang luas, sifat ingin tahu dan kefahaman yang luar biasa, dia mempunyai potensi. Tanda-tanda lain ialah dia berminat dengan huruf dan perkataan, mula menulis dari usia yang muda dan mempunyai imaginasi yang luas. Continue reading
Advertisements