“Selagi Ada Daya”….AL FATIHAH KEPADA ARWAH AYAHKU TERSAYANG..

…SELAGI ADA DAYA…

…SELAGI ADA DAYA…

…SELAGI ADA DAYA…

arwah : kakak..tak kerja hari ni?

aku: MC

arwah: kenapa MC..baik cuti daripada MC..nanti rekod servis tak elok…

itu kalau aku MC tak gi kerja..kat bawah ni pulak kalau aku ambik cuti raya…

arwah:kenapa ambik cuti lagi?kan raya dah cuti 2 hari…kakak kan keje kelantan..

aku: saje nak rehat..tu yg cuti lebih sikit..malas nak drive gi keje..mesti jem..

arwah:rugi..sayang cuti…nanti boleh kumpul GCR..kita duk kelantan tak ambik cuti raya pun tak apa..bukan gi mana pun..

arwah memang tegas pasal keje..no wonder dia dua kali terima anugerah cemerlang..masa 2 minggu sebelum meninggal pun dia cakap kerani nak cadang nama dia penerima anugerah cemerlang…arwah memang tip top pasal keje… Continue reading

La Tahzan..Jangan bersedih..Allah S.W.T mendengar jika kita mengadu padaNya.

LA TAHZAN….

 Bismillahirahmannirahim…pagi ni saya mulakan menulis blog dengan lafaz bismillah..dengan hati yang tenang…tiada keserabutan dan masalah yang membendung dalam kotak pemikiran…BENAR..dengan berdoa…Allah mendengar rintihan kita..dan membantu kita..kenapa kita hambaNya dengan ego yang tinggi terasa berat untuk mengangkat tangan menadah memohon keampunan penuh keinsafan dan taubat..mengadu dengan rendah hati..ego itu harus dibuang…kerana di atas dunia yang semakin banyak dugaan dan pancaroba dan propagandanya..hanya DIA kita harus percaya..hanya DIA tempat kita mengadu segala…sesungguhnya Allah S.W.T maha pengampun lagi maha pengasih dan penyayang..

Sebagai seorang wanita..seorang sahabat..seorang kekasih…seorang isteri..dan seorang ibu…kita harus sentiasa tabah untuk mengharungi segalanya sementara nyawa masih berada di dalam diri ini…DUGAAN sentiasa ada..walau dimana-mana kita berada..hari ini kita gembira..mungkin esok kitakanberduka..jangan harapkan mentari kan memanaskan bumi sepanjang hari..kerana hujan kan turun bila-bila masa sahaja…persiapan diri mental dan fizikal perlu untuk kita teruskan hidup… Continue reading

Hari Jumaat..ibu..kakak nak gi schoooollll….aduiiii….

 

kalau dah hari-hari bangun sewal 5.30pg nak menyiapkan sikecil dua beradik ni dan menyiapkan diri sendiri untuk ke tempat kerja sampai pakai tudung pun terbalik hari ni..hehehe thanks yana sebab tegur..kalau tak..malu den….heheh danken shun.. hari jumaat mestilah hari yang amat membahagiakan..sebab hari jumaat cuti..lepas subuh leh tidoo balik…tapi ia tidak terjadi sebegitu…budak-budak ni dah jadi cam jam loceng…..UWAAAaaaaa kakak adik..ibu ngan abi nak bangun lambat sikit hari ni..nak rehat….Ibu..kakak nak gi schoollll…

dengan bertocang rambut,muka tak basuh..ambik beg dan kasut ajak gi scholl..alah..taska dia la tu…mentang2 dah pandai pakai kasut sendiri dan tahu kat mana kasut dia disimpan..ambik beg dari bilik..tak sempat2 ngan ibu dah..ni kalau reti bawa kereta ,mau gi taska sendiri ni..hehehe

                                                                             Safiya : ibu. skullll

                                                                            ibu: Kakak..skull tutup hari ni..meh tido ngan ibu meh

Ibu:Kakak mandi dulu pakai baju cantik wangi wangi nak..

Safiya:Ala tak boleh ke pakai gini..selalu hari hari gi skull tak mandi pun..ekgu mandi..

Aliya: Kakak..ibu suruh mandi..nanti kita main turtle nak..

Safiya:oceee..oce..nak mouse…(mickey mouse)

begitulah anak-anakku…sebenarnya kesia gak tinggalkan diorang kat tempat ngasuh..tp nak buat camana dah ibu dan abi keje..harap2 tak ada masalah di tempat asuhan..huhu tengok berita semalam..gerun jer..tak berperikemanusiaan langsung..kalau terjadi kat anak sendiri baru tahu…

Zikir Terapi ni memang menenangkan jiwa..Laila haillallah dari hafiz hamidun..

Laillahaillalah..muhammaduraasullullah..ooo laila..haillalah…

bait-bait zikir terapi alunan melodi dan suara merdu oleh hafiz hamidun…membuatkan saya sering berzikir mengikuti caranya  dan susunan melodi yang bagi saya cukup cantik dan indah..anak saya safiya pun automatik kalau saya zikir cara ni dia mudah ikut..sebab dalam kereta masa hantar dan ambik dia..saya selalu zikir ikut melodi cik hafiz ni…cuba kengkawan dengar..gerenti best…

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=4PiTfPMv6qQ&w=640&h=360%5D

 

Macamanala nak pikat laki ni…hehe..mai baca Petua Menawan Hati Pasangan

isteri:abang..sayang sayanggggg abang tau

suami: Iyer la tu…

PSST: Suami dia tak mengharapkan isteri tunjukkan kasih sayang melalui perkataan tapi melalui perbuatan,perhatian dan sebagainya..ingin saya kongsikan bersama artikel yang dijumpai yang ditulis oleh Pakar Motivasi kita Dr. Fadzilah Kamsah…Petua Menawan Hati Pasangan…

Continue reading

5 Sebab Mengapa Kita Perlu Menyimpan Emas!..Patutlah Orang Pompuan Suka beli Emas..bijak..bijak..

1. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!

Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 25% setahun. Siapa nak bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?

Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 satu gram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM160 satu gram!!

2. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.

Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup.. Tetapi dengan emas, jika pada tahun 2000 nilai seekor kambing ialah 1 dinar, maka pada hari ini, dengan 1 dinar, anda boleh membeli seekor kambing yang sama jenisnya.

3. Aset yang mudah untuk dicairkan.

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain jika berlakunya peperangan? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan.

Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

5. Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan
kekayaan yang terunggul.

Sebagai kesimpulan, emas adalah logam yang sangat istimewa. Ianya bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana ianya adalah

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan