TIPS MENGUBATI HATI YANG DUKA LARA

Siapa tak pernah kecewa?mesti ramaikan..bukan kecewa cinta sajer ea..kecewa macam-macam la..kecewa dengan sikap orang tu..orang ni…bilakita kecewa..hati menjadi luka lara dan sengsara…biasanya bila saya kecewa..saya biarkan keadaan berlalu begitu sahaja tanpa memikirkannya sangat..orang kata malas masuk otak..buat sakit kepala jer..biar keadaan yang menentukan…:)..tapi..Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental , emosi , kesabaran . Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi.

ini antara tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. selain daripada buat derkk jer ngan perasaan kecewa tu ..saya amalkan tips kat bawah ni…huhu..bagi saya ia berjaya..selamat beramal..hehe

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit

Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku sajalah kita sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan , cita-cita , anak2..kalau ada.. keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

memang tak dapat nak melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian kita kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.haha macam saya..buat2 bz dengan keje sendiri..dengan anak-anak…

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa kita minta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan  dari segi fizikal dan mental. Risau membuatkita selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kita mengawal emosi.cool beb..

3. Belajar Rajin Bersyukur

Ucap syukur atas kesemua yang kita ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana masih menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri . Buat banyak kali dalam sehari.dan yang penting selain syukur ialah redha..

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di kepala kita ni..

Kita selalu rasa sedih dan kecewa kerana kita tak memaafkan kesalahan diri kita di masa lalu ataupun kita tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kita satu ketika dulu, ataupun… kita susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kita, yang membuat kitaa sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri kitaa…ermm satu lagi..sebelum tidur..ikhlaskan hati untuk memaafkan semua orang disekeliling kita..insyaAllah bangun pagi kita akan rasa tenang dan ia terpancar di wajah kita ketenangan tu..tak caya..cubalah..leh awet muda..hehe biasanya seorang pemaaf ni wajah dia sejuk nak memandang..

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan. jangan terlebih ketawa cam sarimah ibrahim tu…sorry kak mah i mentioned ur name here..bila kita sentiasa ketawa..kita akan menjadi sorang yg happy go lucky. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kita dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar kitaa boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan kita boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kita, cari cara bagaimana kita boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kita akan murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kita..insyaAllah. Kita akan  menjadi apa yang kita selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan kita boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, maka  dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kita di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kita lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kita tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri. Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kita.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

ORANG LAIN TIDAK MAMPU MENGUBAH TAKDIR KITA MELAINKAN ALLAH S.W.T DAN DIRI KITA SENDIRI..WALLAHUALAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s