cara mandi juga mempengaruhi kesihatan badan kita

Dushh..dush..bumm..bum…(senyap kejap) dush..dush… bunyi air ketika suami mandi pagi tadi…hai lamanya mandi..masa siap2kan anak..terfikir nak buat post pasal mandi..dulu ada dengar radio…ceramah pasal mandi..penceramah tu kata mandi ada caranya…Sebelum itu, nak tanya…macamana korang mandi setiap hari? basahkan dari bahagian atas (kepala) dulu atau dari bahagian bawah (kaki) dulu? Atau terus jirus dari bahagian tengah (badan) dulu?

Pernah gak tanya member mandi jirus mana dulu..kepala la..ada yang kata badan dulu..tp suami jawap kaki dulu… saya tanya suami..kenapa..jawapannya sama dengan ceramah dan artikel yg pernah saya baca dulu..untuk kesihatan dan kecantikan..cewahhh.

Apakah cara tersebut? Caranya ialah mandi dengan cara membasahkan bahagian bawah dulu (kaki) dan kemudian baru basahkan bahagian badan dan seterusnya bahagian kepala. Cara mandi ini disebut ‘mandi songsang’.

Menurut artikel yang saya baca, cara mandi sebegini adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.

Kebiasaannya, ramai diantara kita mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala dulu. Sebenarnya cara ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Ia boleh menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Ini adalah disebabkan, seluruh sistem hormon dan aliran bendalir dalam badan adalah diatur dan disetkan di dalam kepala. Jadi, cara mandi bermula dari kepala akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Selain berkaitan dengan sistem saraf pendarahan otek..ia berkaitan dengan haba tubuh bdan kita..dengan cuaca tak menetu sekarang ni..badan cepat panas dan haba dalam badan meningkat..jika haba terperangkap dalam tubuh..ia membahayakan kesihatan..sbb tu mudah pening sakit kepala dan macam2 lagi.

Cara yan bagus dan lebih dianjurkan ialah, mandi songsang iaitu dengan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiri dengan kepala. Dengan cara ni..haba akan keluar perlahan-lahan melalui rongga mulut hidung dan telinga..

Berikut ini dicatatkan beberapa kebaikan dan kelebihan mandi songsang atau mandi yang bermula dari bahagian bawah.

  1. Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
  2. Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
  3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
  4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
  5. Melancarkan perjalanan darah.
  6. Menjadikan pengamal semakin pintar.
  7. Meninggikan daya ingatan.
  8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
  9. Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
  10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
  11. Memiliki daya ketahanan mental.
  12. Menambahkan semangat berani.
  13. Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

So..sejak dari itu..safiya dan alya dimandikan dengan membasahkan kaki mereka dulu🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s