Belum dapat anak?ada doanya…dah mengandung,kena tahu amalan2nya untuk dapat anak soleh..tapi bila ada anak..anak nakal?juga ada doanya.. :)

Ini gambar safiya..anakku yang pertama..baru setahun tujuh bulan sangat aktif..suka nyanyi lagu twinkle..twinkle dan ABC..sanggup melemparkan handphone ibu dia kalau dalam tu tak ada video lagu twinkle..kalau petang lak…”BOBOIBOY” sambil mengangkat kedua belah tangannya…sambil pegang remote tv..”ibu..boboiboy”..jenuh ibu nak tekan cari channel yg ada cite boboiboy..kalau tak ada cite tu..maka remote itu pula akan dilemparkan…terpaksa la beli cd boboboi…hati kena sabar..dia baru nak kenal dunia..tp masa inilah masa terbaik untuk didik dia..sebelum makan kena baca doa…”AMIN..” doa tak habis baca lagi dia dah amin sbb nak makan sambil sudu dan mangkuk depan mata..”ibu..bubuh..”..ibu pulak jadi teman setia tercongok depan safiya tunggu dia minta tambah makanan..kalau bubuh banyak2 terus nanti dia main tak makan…

—gambar alya—

ini pulak alya..baru berumur 7 bulan..dah ada sebatang gigi..full bf..berat tak payah nak cakap..berapa kali ibu kena gi ngurut tangan sebab lenguh dukung..dan dah pandai untuk bergantung dan berdiri…

ermmm camner?best tak tengok teletah anak-anak sendiri..bestkan…belum ada anak?..tak apa..sabar..Allah akan memberikan sesuatu yg terbaik pada masa yang terbaik juga..amin..saya kongsikan amalan dan doa dari ustazah siti norbahiyah kita

Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.


Pertama,

Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.


Kedua,

Bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.

Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat.

Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.


Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:


1.Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.


2.Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.


3.Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.


4.Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.


5.Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi berikut adalah surah-surah pilihan dan kesannya.

Surah al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

Surah Maryam –

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman –

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf –

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat –

Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati

Surah Yaasin –

untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah –

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.


Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
– Baca Bismillah 1 kali
– Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
– Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
– Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
– Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua.
-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Wallahuallam

Kalau anak-anak kita tak dengar kata pulak camner?

Alam pembesaran kanak-kanak bijak yang normal mempunyai ciri kanak-kanak yang cergas, suka berkawan dan ada unsur kenakalan kerana mereka sedang mempelajari dari persekitaran mereka. Anak begini jika dia diam tandanya dia sakit.(haa…ni memang pe’el safiya..kalau sakit dia diam dan monyok..kalu tak..nak suruh duduk pun susah..)

Kata hikmah (setengah berpendapat ia hadis) ada menyebut bahawa ‘anak dari lahir hingga tujuh tahun pertama umpama bunga, dari tujuh tahun kedua umpama suruhan atau khadam dan dari tujuh tahun ketiga jika betul didikannya akan menjadi kawan atau musuh’.

Berilah ruang kanak-kanak melalui zaman keanakannya dan usah terlalu mendesak dia menjadi dewasa dalam umur yang terlalu muda. Doakanlah mereka menjadi anak yang soleh dalam setiap solat kerana doa ibu bapa tidak ditolak Allah.

Berikut adalah amalan untuk membentuk peribadi anak kita yang comel itu…

1.Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur.

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk.

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak.

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati.

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu.

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

PSST:Saya sendiri akan amalkannya demi masa depan safiya dan alya…ibu sayang anak-anak ibu..mmmuuuaaahhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s