Wanita berkejaya dot..dot..dot

Wanita dan Kerjaya. Topik yang dipilih untuk mengisi ruangan blog yang baru saja bermula atas permintaan cik emma dan cik wani my bestfriends sejak sekolah lagi..bayangkan berapa belas tahun ke berkawan kan ema kan..kan wani kan..kenangan kite bersama pun nak tergelak jugak la..ada yg suka cakap terbalik..jalan2 sorang terjatuh sampai tak khabar pun member jatuh..keje kat sekolah gelak jer..cam dunia ini ana yang punya..hehehe geng sailormoon..ingat lagi tak ma…i lah si juphiter yg cun tu..hehehe..tp sekarang masing2 dah berkejaya…hebat2 belaka..contoh cik emma kita ni..siap jadi ketua program kat Segi Kolej lagi..cayallah..dan saya?saya kerja kuli jer…hehehe bersyukur kepada allah s.w.t atas rezeki yg dikurniakan olehnya..tp ada geng yang tak kawin lagi..so mai kita baca apa yg saya nak coretkan tentang wanita berkejaya..🙂

Benar, wanita kini lebih tegar menjawat jawatan-jawatan yang besar, lebih daripada kaum lelaki. Adakah ini satu kelebihan buat wanita atau satu kehinaan buat lelaki? Bagi saya, tidak salah malah tiada cacat celanya fenomena yang popular ini untuk dikritik atau dikutuk sedahsyat yang mungkin.

“Perempuan kerjanya duduk dirumah saja, masak nasik, tunggu laki balik,” mungkin itu yang di katakan oleh Pak Mat, seorang petani.

“Wanita berhak bersuara dan berhak untuk dapat kelebihan macam orang lelaki, dunia perlu adil dan saksama,” mungkin itu pula luahan Aminah, seorang usahawan yang berjaya.

“Bagi saya, tiada salahnya kalau wanita itu mendapat tempat yang lebih dari si lelaki, tapi wanita itu harus sedar akan batasnya sebagai muslimah, jikalau kerjaya lebih tinggi dari suami, adalah perlu untuk kaum wanita itu memahami dan menghormati lelaki yang bergelar seorang suami kepadanya, kerana itu adalah wajib. Pokoknya, kerjaya itu tidak salah selagi batas-batas yang melibatkan semua aspek di jaga dengan baik,” nah! mungkin itu pula kata-kata seorang kaunselor (eden la tu)

“Tapi cik, perempuan ni tak boleh kasi muka, kalau kerja tinggi sikit, mula la nak lelaki yang berkejaya dan perpendidikan lebih dari dia” nampaknya ada lagi yang tak puas hati.

Astagfirullah, benar, memang saya tidak menyangkal pernyataan di atas, rata-rata kajian yang dilakukan pakar, menunjukkan wanita berkejaya lebih suka mencari pasangan yang setaraf dengannya, lebih-lebih lagi dari aspek kerjaya, siapa yang mahu bersuamikan seorang pemandu lori atau tukang sapu sampah Alam Flora sedangkan empunya diri menjawat jawatan sebagai perunding perkhidmatan, eksekutif dan sebagainya di syarikat ternama serta kehidupan ditabur dengan kemewahan? Tidak semua wanita berfikiran sebegitu, benar. Namun tidak dinafikan mereka mempunyai keinginan untuk mencari yang terbaik. tidak begitu?

wanita kerap menyalahkan lelaki yang menyebabkan tekanan dan keretakan rumah tangga
 

Persoalannya sekarang, siapa yang perlu dipersalahkan?

itulah abang, dulu taknak belajar betul-betul, saya malu dengan jiran-jiran kita tau, kawan-kawan saya apa lagi..,” kesian, si suami hilang kata-kata. Hm..masa asyik bercinta dulu, tak terfikir pula nak malu-malu, yang nampak semuanya sempurna, I love you, You love me,  24jam terlekat dekat telefon, masa tu tak terfikir tentang kerjaya dan masa depan?

saya pun selalu gak berdebat ngan suami…hehe luahan pendapat..Katanya, hadis ada menjelaskan bahawa lelaki itu ada 9 bahagian akalnya, dan 1 bahagian emosi, manakala wanita itu 9 bahagian emosi dan 1 bahagian akal, kesimpulannya, lelaki itu lebih cerdik dari perempuan.

Benarkah begitu??

Jikalau di selak lapisan perkembangan dunia sekarang, siapa yang paling banyak mendominasi tempat di Universiti dan siapa pula yang mendominasi jalan ke kancah kehinaan seperti dadah dan sebagainya? Jawapannya mudah bukan, lebih 70 peratus wanita mendominasi tempat di Universiti dan Institusi pengajian yang lain berbanding lelaki. Adakah lelaki sudah kehilangan akal satu persatu dan diisi dengan bahagian jahil?

Jawapan saya, Tidak dan Ya. Tidak buat kehilangan bahagian akal, dan Ya bagi penambahan bahagian jahil. Rata-rata kaum lelaki di Malaysia contohnya, bukanlah kehilangan akal yang berharga. Tanyalah mat-mat rempit atau mat penagih di seluruh Malaysia ini tentang solat dan agama, apa agaknya katanya?
“gua tau je sembahyang, tapi lama da tak buat sebab gua sakit badan beb..”
“Lu ingat gua lepak-lepak, naik moto laju-laju tak sembahyang ke? balik rumah gua sembahyang la. kan boleh qada’,”
“saya tak ingat la nak sembahyang bang, belajar dulu pun kat sekolah je, mak ayah tak pernah ajar plak, diorang selambe je…so, saya selambe la, lagipun dah tua nanti, taubatlah, takkan Allah tak ampun kot,”

Wah, mudah betul alasan yang diberi, baguslah, sekurangnya dengan jawapan yang diberi menunjukkan mereka masih lagi mempunyai akal yang secukupnya untuk mencari ‘excuse’ yang tidak munasabah. Kreatif la katakan. Namun benarlah apa yang dikatakan bahawa mereka sekarang sedang berusaha menambah kejahilan tanpa disedari. Simpati diucapkan kerana berjaya terpedaya dengan bisikan syaitan dan lupa akan ajaran Allah S.W.T. Ibubapa seharusnya memainkan peranan dan tanggungjawab sebaiknya kerna itu tanggungjawab mereka. Mungkin itu jalan penyelesaian yang terbaik, tapi ana fikir tidak. Malas untuk menghurai lebih lanjut kerana bimbang lari tajuk pula nanti.

Disini, kita dapat menyimpulkan bahawa lelaki sekarang lebih cenderung kepada aktiviti outdoor yang tidak melibatkan pelajaran dan hasilnya agak memudaratkan pada masa depan mereka sendiri. Lelaki seharusnya sedar akan masalah ini dan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri walaupun hayat sudah dimamah usia. Usah malu untuk belajar jikaa sedar diri itu rendah status pelajaran dari isteri.

namun kita sebagai seorang isteri dan wanita,kita tidak boleh terlalu bangga diri, ada hikmahnya mengapa agama melarang wanita berkejaya pada suatu masa dahulu. kita adalah kaum yang diciptakan dari tulang rusuk Adam. Lemah dan tidak berdaya dari sesetengah aspek. Mustahil kita dapat mempertahankan kelemahan itu melainkan hanya dengan izin Allah S.W.T, jika kita sudah berkeluarga, hormatilah suami kita, hargailah mereka sepertimana mereka menghargai kita, usah mencari yang haram di dunia luar sana, jagalah batasan kita sebagai muslimah yang bergelar isteri. Nescaya, kerjaya kita itu akan menjadi satu kerjaya yang diredhai oleh Tuhan Yang Esa, malah mendapat kepercayaan dari si suami. Jangan khianati kepercayaan itu.

PSSTT:BAGI YANG BELUM BERSUAMI…CEPAT2 LA KAWIN..PILIH LA CALON YANG SESUAI DENGAN KITA YANG MAMPU MEMBIMBING KITA DUNIA DAN AKHIRAT…WALLAHUALAM..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s